Sunday, June 26, 2011

Dulu dulu

Nostalgia... zaman 2000an dulu...

Moto zaman 2 stroke - NSR, KR, TZ dan RGV. Superbike masa tu tersangatlah jarang nampak. Confident pun tak ada nak bawak superbike, maklumla geng pun belum lahir lagi :-). Semuanya bermula dengan KRS ni... Masa baru2 beli 1994, motor ni nampak besar bila di parking tepi pertama complex. Dengan lampu depan 2 bijiknya dan fairing penuh ala2 zzr600 dan zzr250..terasa macam superbike, sampaila TZM mula naik atas jalan. Dgn tayar 17in lebar 130 kot, memang kalah la KRS yg baru dibeli cuma 2 bulan :-(.


Bertanamkan tekad nak pakai moto tayar lebar ala2 TZM, aku terus sambar ZX6R terus haa...ambik kau. Itu ditahun 1998. 1st thing terasa berbeza bila naik superbike, gear 6 dia power betul, walaupun power curve moto ni cuma terasa di top end saja. Moto pun dah season dlm 30K lebih. Banyak yg tak puas hati, maklumla, high expectation, perfectionist pulak tu.
Umur pun baru 29 waktu nih.
Selepas tu tiba2 ada lah rezeki lebih sket. Mulalah tangan pun menggeletar nak moto bottom end pulak...cc besar lagi la tu. Sambar la ZX7R ... sebab moto ni evergreen dan masih dalam World Superbike. Nampak pun garang..lampu depan dua biji mean bug eye pun sangatla menggiurkan :-)
Gambar lepas buat top speed run...masa tu 240kmh cukup laju la tu...ZX-7R 2001
Kona masa tu belajar sendiri2 sebab tak selalu naik konvoi. Kerja siang malam, mana nak ada masa waktu tu. Ada la satu favorite korner, asyik tala disitu saja, petang2 lepas kerja.

Cakap berkenaan lepas kerja ni, aku teringat kemalangan pertama berpatahkan tangan dulu. Apa punya gila menunggang moto waktu demam dek food poisoning. Aku dilanggar kapcai penunggang tua yang membelok ke kanan sewaktu aku memotong di sebelah kanan juga. Gedegang, skreeet, bam! ...beserta pandangan yg berguling-guling, itu saja yang aku masih ingat.

Setelah moto disolek semula, aku melangkah lebih jauh...meredah tasik Banding dan Pedu seorang diri. Sempadan Siam tak lagi jadi sempadan aku. Siang, malam, hujan, panas tak ada bezanya. Bermulalah episod baru....pengalaman oh pengalaman.

Moto ni juga, yang pertama aku latam dalam trek. Pertama kali di Batu 3 dan selang setahun lepas tu di SIC (Sepang). Sayang, aku tak bawak kamera si Batu3 yg dah lesap dibawah Tesco extra.
Rasa cukup 'mereng' la waktu tu, rupa2 nya tak de bende pun. Gambar masa di Pos Slim, Cameron Highlands.
Moto hitam aku tukar ke Pearl Orange ala2 model 2001 di US. Bagi aku, kaler ni sedap di pandang dan nampak lebih besar berbanding hitam. Jimat sikit duit berbanding kalau beli yang baru.

2002, keluarla pulak moto yang paling cun waktu tu. CBR954. Dua tahun aku mengintai. In 2004, tak sempat2 nak jual ZX-7R dah sambar satu lagi........... Walaupun keluarga aku dah bertambah ahli, biar ibunya mau pun anak, tapi passion motorrad aku ni tak luntur2.
Klu ZX7R aku rasa torquey dan stabil, CBR954 pulak rasa flighty dan melayang. Tak terasa kepayahan langsung bila nak pecut. Inilah moto fuel injection yang aku rasa setanding dengan moto2 baru waktu 2004 dulu. Berbaloi beli, tak disengajakan pulak owner asalnya seorang artis. Memang tip top dan low mileage. Pokoknya, aku owner yang puas hati lah.

Lebih kerap dan jauh aku melangkah. Memang betul klu org bilang, moto ni ada tarikkan yg kuat. Hobby sampingan mengarut aku pun bertambah melarat. Trip yang beratus batu boleh dihabiskan dalam sepetang atau semalam demi hobby yang itu.
Wuuh, kurusnya aku masa ni - dahsyat 66kg je masa tu, seberat Mawi AF,. Dah le tu, gelap pulak -selalu bawak moto agaknya.
Moto ni tak perlu tarik brek, cuma lepas throttle, enjinnya boleh brek sendiri. Kalau nak tailgate kereta pun, no problem. Jangan cuba dgn Suzuki....tapi moto Suzuki lah jugak yang aku cari. (bersambung lagi...sori)

(add almost a year later - 11 March 2012)
....... banyaklah perkara yg menghalang penyambungan artikel ini. Terutmanya kesuntukan masa termasuklah my departure to Mekah tahun lalu bersama kursus haji. Sekarang, blog diteruskan lagi.

954 bukanlah moto yg dapat rating tertinggi waktu itu sebab R1 lebih mendapat perhatian dalam kebanyakan majalah. 954 dengan cc yg tak cukup 1000, ia bukan lagi moto no1. Di tahun 2008, genaplah 4 tahun bersama aku. Mileage pun dah lebih 28k. Valve clearance done, 2nd dyno tune dapat 147hp. Memang tinggi untuk 954 dgn Micron slip on. Tiada apa yg kurang, cuma rasa2 nak tukar selera pulak.

Kebetulan pula, keadaan kewangan mula mengizinkan. Segala news tentang moto diteliti. Akhirnya setelah bertemu kawan2 Malaysian Super Series dan diperkenalkan dengan salesman Naza - Mael, aku pun mula mengenali Naza Motors. Yang menjadi idaman ketika itu pulak ialah GSX1000 model K5 (2005).

Model ini menang WSB in its debut year dan mengekalkan gelaran bike of the year banyak majalah motor di tahun seterusnya. Keistimewaannya ada 2. Senang dihandle dan midrange yang kuat. The qualities it shares with v-twin bikes like Ducati. Seterusnya, aku pulak tak pernah lagi memiliki Suzuki. Apalagi model 1000cc. R1 yang menjadi kegilaan ramai dengan exoz under the seat cuma ada looks but not the usable power on the street like the GSXR. Dengan harga $76k, on the road aku pun menyambar moto baru tu. This became my first brand new superbike walaupun bukan model terkini.

Pecutan K5 memang boleh menimbulkan ketagihan. Dengan berat kering moto 168kg dan horsepower menjangkau 165, tak heran kalau pecutannya lebih terasa hebat dari Hayabusa sendiri. Bukan setakat itu, handlingnya juga memang terlalu senang malah lebih bersahaja bila menukar arah dan mencabar selekoh tajam tanpa membrek. Sekiranya masuk selekoh sudah menguja, keluar selekoh akan disambut dengan huasa tork midrange yang sangat kuat. Tak heranlah moto ni menang WSB c'ship debut year of 2005. Cuma disebabkan saiznya yang 90% motor pencabar d kelas yg sama yg membuatkan saya merasa kurang sesuai. Pendek kata motor ni nampak sebesar TZM sahaja. Jadi timbullah rasa mahu cari yang lain......bersambung



Motivate - motovate

Something to look at everyday...so that you have to plan something up on coming weekends :-)
Stare at them more and you just might have to add or change some items...